Nusanews.co – (Syeikh Abdul Qadir Jailani) nama lain Abd al-Qadir al-Jilani ibn Salih ibn Jangidost, (juga dieja Abdulqadir Gaylani, Abdelkader, Abdul Qadir, Abdul Khadir Jailani, Jilani, Jeelani, Jilali, Gailani, Gillani, Gilani , Al Gilani) (470-561 H. / 1077-1166 M.) adalah syekh pendakwah sufi mazhab Hanbali keturunan Parsi dan pemimpin mazahab Sufi Qadiri. Ia lahir pada 1 Ramadhan pada 470 H., 1078 M., di daerah Gilan, Parsi (Iran) selatan Laut Caspian.
Disebabkan bahasa Parsi tidak memiliki huruf fonetik “G” dalam tulisan Arab, namanya juga direkodkan sebagai Kilani dan Jilani dalam manuskrip Arab.
Gilani dikelompokkan dalam rangkaian kerohanian Junayd Baghdadi. Sumbangannya kepada pemikiran Dunia Muslim memberikannya gelaran Muhiyuddin (harafiah, “Pembangkit semula keyakinan”), kerana dia bersama muridnya dan rakan sejawat meletakkan batu asas bagi masyarakat yang kemudiannya menghasilkan ulama seperti Nuruddin Zengi dan Salahuddin al-Ayyubi.
Golongan Sufi yang dinamakan sempena namanya dipercayai yang tertua dan yang terawal dikalangan golongan seperti itu. Keturunan Al-Jailani telah dilahirkan sekitar tahun 470/471H yang bersamaan 1077M di sebuah wilayah bernama Jailan atau Kailan di Parsi atau Iran kini (lantas memberi imbuhan gelaran al-Jailani).
Ayahanda AlJailani, Abu Salih Musa al-Hasani, adalah dari keturunan Hassan bin Ali, iaitu anakanda sulung Ali bin Abi Thalib ra (menantu dan sepupu kepada Nabi Muhammad saw) dan Fatimah ra (puteri baginda saw) Ibunda Al-Jailani adalah puteri kepada Abdullah Sawmai, yang juga keturunan dari Hussein bin Ali, adik kepada Hassan.
Maka, Al-Jailani adalah keturunan Nabi Muhammad saw melalui susur galur kedua-dua cucu baginda, Hassan dan Hussain.
Pendidikan Beliau banyak menghabiskan masa kanak-kanak beliau di kota kelahirannya. Pada usia 18 tahun, beliau telah ke Bagdad (1095), untuk melanjutkan pelajarannya dalam bidang fiqh Hanbali di bawah beberapa orang ulama.
Beliau menerima pendidikan Fiqih dari Abu Ali al-Mukharrimi, Hadits dari Abu-Bakar-bin-Muzaffar, dan tafsir dari ulama tersohor, Abu Muhammad Jafar.
Dalam bidang Tasawwuf pula, gurunya adalah Shaikh Abu’l-Khair Hammad bin Muslim al-Dabbas. Daripada gurunya, Syeikh Abdul Qadir menerima latihan asas dan seterusnya mendapat bantuan untuk perjalanan rohaniah beliau.
Hasil karya Sesetengah hasil karya Jilani yang terkenal antara lain:
• Al-Ghunya li-talibi tariq al-haqq wa al-din (Bekalan Mencukupi bagi Pencari Jalan Kebenaran dan
Agama). Lima jilid dikarang Syekh Abdul Qadir atas permintaan murid-muridnya, sebagai panduan yang lengkap bagi semua aspek kehidupan Islam, dalaman dan luaran.
• Futuh al-Ghaib (Pembuka Tabir Keghaiban) – 78 bahagian, agak pendek dan menyampaikan yang terus dan sangat berkesan.
• Al-Fath ar-Rabbani (Hakikat Pengabdian) – 62 bahagian, lebih panjang, disampaikan di Bagdad pada 545-546H.
• Jala’ al-Khawatir (Penghilangan Kepedulian) – 45 bahagian, pada 546H.
• Malfuzat (Luahan Kata Syekh Abdul Qadir) Ini ialah koleksi ucapan beliau. Lazimya ditemui di penghujung manuskrip Arab untuk Fath ar-Rabbani.
• Khamsata ‘Ashara Maktuban (Lima Belas Surat) – Ini adalah 15 pucuk surat yang ditulis beliau dalam bahasa Parsi kepada salah seorang anak murid beliau.
• Al-Fuyudat al-Rabbaniyya (Anugerah Ketuhanan).
• Bashair al-Khairat (Khabar Gembira) – Selawat oleh Sheikh Abdul Qadir dengan kaedah yang diilhamkan dari Allah.
• Kitab Sirr al-Asrar wa Mazhar al-Anwar (Buku Rahsia dalam Rahsia dan Penzahiran Cahaya).